Kerjaya lakonan Jung_Eun-ji

Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Reply 1997.[23] Jung menerima pujian daripada pengkritik dan penonton untuk persembahan lakonan beliau di dalam drama ini.[24] Beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Seni Baeksang ke-49 untuk Pelakon Wanita Baru TV Terbaik.[25]

Jung berlakon di dalam muzikal Legally Blonde sebagai watak utama, Elle Woods.[26] Muzikal ini berlangsung dari 16 November 2012 sehingga 17 Mac 2013.[27][28] Jung kemudiannya mempunyai peranan pembantu di dalam drama tahun 2013, That Winter, the Wind Blows.[29] Beliau memenangi kategori Persembahan Terbaik di Anugerah Bintang APAN ke–2 dan Anugerah Bintang Baru di Anugerah Drama SBS.

Pada tahun 2014, beliau membnintangi muzikal adaptasi drama tahun 2004, Full House.[30] Selepas itu, Jung membintangi sebagai watak utama di dalam drama romantik komedi, Lovers of Music.[31][32] Pada tahun 2015, Eunji membintangi drama KBS2, Cheer Up! sebagai Kang Yeon-doo. Pada tahun 2017, Jung dipilih untuk berlakon di dalam drama JTBC, Untouchable yang disiarkan bermula 24 November.[33]

Rujukan

WikiPedia: Jung_Eun-ji http://www.allkpop.com/2011/04/apink-releases-debu... http://www.allkpop.com/article/2011/05/a-pink-take... http://www.allkpop.com/article/2012/07/a-pinks-eun... http://www.allkpop.com/article/2012/09/a-pinks-eun... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://apink.hyundaimedia.com/ http://www.imdb.com/name/nm5813319/ http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a...